Pembelajaran Bahasa Melayu

Sunday, April 29, 2012

mari-belajar-karangan

Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )

  1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
  2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.
  3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.
  4. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
 

TUJUAN ANDA MENGARANG
  • menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
  • menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
  • menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
  • menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
 

 
 





                                


Thursday, April 26, 2012

Penulisan

Contoh soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR) Berdasarkan gambar di bawah. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Seperti contoh di atas soalan KBR meminta pelajar menghuraikan pendapat tentang sesuatu perkara dan sejak beberapa tahun belakangan ini soalan KBR yang berbentuk gambar tunggal amat jarang ditanya, sebaliknya lebih banyak soalan yang peta minda yang bermaklumat. Oleh itu, tidak ada sebab karangan pelajar boleh terpesong daripada kehendak soalan. Selain menanya tentang langkah-langkah…… seperti soalan contoh di atas, soalan KBR juga biasanya menanyakan tentang; * punca-punca (sesuatu keadaan/masalah) * cara-cara (mengatasi masalah) * sebab-sebab (sesuatu itu berlaku) * kesan-kesan * kebaikan-kebaikan * faedah-faedah * kepentingan-kepentingan * cabaran-cabaran * masalah-masalah dan lain-lain seumpamanya.